Confessions of a Malaysian student in the US

Saya, Yeap Jia Wei, sedang melanjutkan pelajaran saya di Ohio State University yang terletak di Columbus, Ohio, Amerika Syarikat. Pelajaran saya ialah sains and teknologi makanan dengan minor sains nutrisi.

Situasi di Negara Barat adalah amat berbeza, terutamanya di Amerika Syarikat, tidak kira politik, ekonomi mahupun sosial. Dalam bidang politik, kita boleh memerhatikan perbezaannya dengan jelas sekali bahawa Malaysia merupakan negara yang bermonarki perlembagaan manakala Amerika Syarikat sebuah negara republik. Perbezaan juga dapat diperhatikan dalam sistem partisan di Amerika Syarikat antara parti Demokrat and Republik. Sugguhpun sekarang politik di Malaysia makin hari makin berkecenderungan kepada system partisan, kecanggahan ideologi masih kelihatan antara pelbagai parti komponen.

Seluruh dunia sedang mengalami kegawatan ekonomi yang teramat teruk sekarang. Jadi, keadaan di sini tidak banyak beza dengan keadaan di Malaysia.

Dalam bidang sosial, tidak dapat dinafikan bahawa Amerika Syarikat kini meraikan presiden berbangsa hitamnya yang pertama yang baru-baru ini bergelar pemenang anugerah keamanan Nobel. Realitinya yang kaum minoriti hitam dapat bergelar presiden sememangnya tidak pernah dialami di Malaysia. Namun saya amat yakin yang Malaysia akan dapat merealisasikan perkara sebegini untuk membuktikan bahawa kaum majoriti mahupun minoriti dilayan kerajaan dengan sama rata. Nescaya impian ini dapat dicapai and rakyat Malaysia dapat hidup mesra seperti di sini antara kaum Putih, Hitam, Amerika Selatan, Asia dan lain-lain.

Apabila kita mengatakan tentang budaya Amerika Syarikat, apa yang kita tonton dalam Hollywood adalah benar dan dapat menceritakan situasi yang tepat di sini. Namun saya hendak kalian memberi perhatian kepada kemesraaan penduduk Amerika Syarikat. Rakyat Malaysia terkenal dengan kemesraannya. Saya percaya yang kedua-dua negara dapat belajar sesame sendiri dan nescaya kita dapat memperoleh pelbagai faedah.

Kebanyakan pelajar di sini tidak kira pelajar tempatan ataupun antarabangsa bekerja separuh masa bagi mengaut sedikit sebanyak wang untuk menampung kos kehidupan. Jadi cara-cara untuk menggunakan masa dengan sepenuhnya adalah amat kritikal bagi memastikan masa untuk mengulang kaji pelajaran adalah mencukupi. Pelajar-pelajar di sini termasuklah saya akan membaca bahan-bahan yang bakal diajar di kelas sehari dua sebelum kelas tersebut. Cara ini membantu kami untuk lebih memahami ajaran pensyarah. Dengan lebih memahami bahan pelajaran, masa untuk mengulang kaji dapat dipendekkan dan masa yang terlebih itu dapat digunakan untuk bekerja atau hanya untuk merelakskan diri.

Kesimpulannya, belajar di Amerika Syarikat merupakan suatu pengalaman yang amat luar biasa. Dari segi politik, ekonomi dan sosial, jurang perbezaannya dapat diminimakan dengan senang. Namun percanggahan budaya Timur dan Barat tidak dapat diubah dalam sekelip mata. Tanpa was-was saya berpendapat bahawa Amerika Syarikat sememangnya jauh baik daripada keadaan di Malaysia sekurang-kurangnya dalam ketiga-tiga segi. Walaubagaimanapun, saya tetap tidak dapat melupakan budaya Timur yang menjadi megahan selama setahun saya belajar di sini.

P.S. All thanks to Mr Then Jun Xiang for a miserable Thursday spitting out rotten Malay which I used to pride of. Now I know the exact meaning of 流水不腐,动也.

6 comments:

Beng Hui said...

Your Malay is good! I couldn't understand half of it! hahahahahahahaha.....

peizz said...

好料,竟然还写得出马来文章,我住在大马也写不出许多马来单字了>.<

Swan said...

Apa kau nak cakap tentang budaya di Amerika Syarikat dan Malaysia? Rakyat US sangat mesra, begitu juga dengan rakyat Malaysia? Haha. Boleh nampak kau punya Malay memang pernah handal.Cuma kurang guna sekarang. Haha.
Tiba tiba guna Malay, banyak mesranya. Haha.

Ben said...

Benghui: It's getting worse....XD
peizz: 我写文章还不曾写到这样喘过...
Swan: Budaya? Marilah sini dan alamilah buat sendiri. Tidak seronok saya bagi tahu sekarang. :P
(P.S. Bila kamu nak datang ni?)

Swan said...

Ogos ini jika semua boleh. ;)

Ben said...

Baguslah begitu...mana kamu nak pergi? SUNY?